Malam semalam,tampa diduga, kau tetiba muncul. Kau yg paling dirindu tetiba muncul, dalam saat2 di mana aku ingin sgt melupakan kisah2 silam. Pertemuan yg tak dirancang & sekejap itu aku gunakan tuk perhatikan diri kau. Perhatikan perubahan setelah berbulan tak berjumpa kau.Aku kuatkan diri supaya hati aku tak dimakan oleh perasaan rindu yg kuat. Aku cuba berlagak seperti biasa namun tangan ku tak berhenti mengeletar. Aku menenangkan diri ku yg gementar dgn memegang tangan kau. Tindakan aku ini tidak mengejutkan kau, memandang kan kau pernah melaluinya dulu. Aku tau hati kau yg beku itu mempunyai sedikit rasa rindu. Tetapi seperti biasa kau sgt2 tak jujur dgn diri sendiri. Masa kita yg sekejap itu dihabiskan dgn berbual. Walaupun kita sudah lama tak berjumpa, namun kita mampu berbual seperti biasa. Memang sekejap waktu itu, dan kau terpaksa pergi kerana urusan lain. Kau senyum & lambai kat aku lalu terus pegi. Sebenarnya kan, kalau boleh aku ingin lepak lebih lama sikit dgn kau. Aku masih belum puas melepaskan rindu aku kat kau.Entah bila lagi kita akan ada peluang berjumpa lagi, aku pun tak tahu. Kelakar betul, dan kau adalah org yg paling aku nak lupakan, tetapi kau jugala org yg paling aku rindu.

Kau pernah ckp kat aku yg kau & aku berbeza. Kita adalah dua hati yg tak mungkin bersatu. Baru aku tau yg kau amik ayat tu dari lirik lagu. Memang silap aku terlampau mengagungkan kau. Sedangkan kau hanya seorang perempuan biasa yg ingin yg terbaik tuk diri. Dan itu bkn aku. Istimewanya kau ialah diri kau. Dan perasaan aku hanyalah perasaan aku sendiri. Aku tahu kau takkan dpt baca entry ini walaupun sebenarnya ia ditujukan kat kau. Kerana aku tak ingin kau tahu apa2. Biar kisah kita yg tak pernah wujud ini mati, supaya kita boleh melihat esok hari.

So sekarang cukup2 la pasal kau. Baik aku pikir pasal masa depan sendiri. Hah! assignment ISP & DDS tu tak siap lagi tu, Isnin nak hantar. Nanti fail baru nak menyesal. OK back to work.

She said, “Maybe there’s a bit of me waiting for a bit of you. baby.”

Advertisement